VIRUS cacar monyet yang pertama dilaporkan dikesan di Singapura dipercayai dibawa oleh seorang lelaki Nigeria.
Virus yang jarang berlaku itu dikesan dijangkiti akibat memakan daging buruan di sebuah majlis perkahwinan.
Gegala pada manusia yang dijangkiti cacar monyet – yang menjadi endemik di bahagian Tengah dan Afrika Barat – termasuk luka, demam, sakit otot dan menggigil.
Jangkitan lazimnya berlaku melalui hubungan rapat dengan haiwan yang dijangkiti seperti tikus dan monyet serta terhad kepada manusia. Virus ini jarang mengakibatkan kematian.
Lelaki yang membawa virus itu tiba di Singapura pada 28 April, kata Kementerian Kesihatan Negeri (KKM) dalam satu kenyataan pada Khamis lalu.
Lelaki berusia 38 tahun itu menghadapi simptom virus itu dua hari kemudian dan kini diasingkan di pusat penyakit berjangkit serta dalam keadaan stabil, kata kementerian itu.
Sekurang-kurangnya 23 individu yang telah berkomunikasi dengan lelaki itu dikesan dan mereka yang berada di Singapura akan dikuarantin serta dipantau selama 21 hari sebagai langkah berjaga-jaga.
Pengarah eksekutif Pusat Kebangsaan Penyakit Berjangkit di Singapura Leo Yee Sin berkata, risiko penyebaran virus cacar monyet dalam kalangan masyarakat di Singapura adalah rendah.
“Secara purata setiap orang yang dijangkiti kurang daripada seorang yang menjadikan virus kurang berjangkit daripada selsema biasa,” katanya. – AFP, 10 Mei, 2019
Komen