Israel tarik semula larangan aktiviti nelayan Gaza


Israel menarik semula larangan yang dikenakan terhadap bot nelayan Palestin untuk ke laut sekali gus menamatkan langkah yang dikenakan ketika keganasan berlaku awal bulan ini. – Gambar AFP, 10 Mei, 2019

ISRAEL menarik semula larangan yang dikenakan terhadap bot nelayan Palestin untuk ke laut, kata tentera Israel.

Larangan itu sekali gus menamatkan langkah yang dikenakan ketika keganasan berlaku awal bulan ini.

Ia dilihat sebagai langkah pertama melaksanakan gencatan senjata bertujuan mengelakkan konflik baharu antara tentera dan pejuang Palestin.

“Hari ini, zon tangkapan ikan Semenanjung Gaza dijangka dibuka pada jarak sehingga 12 batu nautika.

“Pelaksanaan itu berdasarkan syarat nelayan Semenanjung Gaza menghormati perjanjian,” kata badan tentera Israel yang bertanggungjawab bagi wilayah Palestin COGAT.

Tentera laut Israel kerap menembak bot penduduk Gaza yang didakwa sudah melanggar had dikenakan.

Persatuan nelayan Gaza mengesahkan penarikan semula larangan itu.

Keganasan tentera Israel selama dua hari menyaksikan 25 penduduk Palestin termasuk sembilan pejuang terkorban.

COGAT menutup zon memancing dan lintasan sempadan bagi penduduk serta barangan antara Israel dan Gaza sebagai tindak balas terhadap serangan roket pejuang sebelum ini.

Tentatif gencatan senjata dicapai pada Isnin dengan pegawai Palestin mengatakan Israel telah bersetuju mengurangkan pengepungan sedemikian lama yang melumpuhkan kawasan daerah yang dikeliling wilayah asing.

Israel tidak mengesahkan perjanjian itu secara terbuka.

Kenyataan COGAT pada lewat Khamis tidak menyebut sebarang pembukaan lorong sempadan. – AFP, 10 Mei, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen