SEKURANG-KURANGNYA lapan maut manakala 15 cedera dalam satu serangan bom bunuh diri di sebuah pasar di timur Baghdad semalam, kata pegawai keselamatan.
“Seorang pengebom berani mati meletupkan diri berhampiran gerai di Pasar Jamila yang penuh sesak,” kata pegawai kanan polis yang enggan namanya dikenali.
Sumber perubatan mengesahkan Hospital Al-Kindi yang terletak berhampiran menerima lapan mayat ekoran insiden terbabit.
Setakat ini tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab terhadap serangan yang berlaku.
Serangan berlaku sekitar 9 malam ketika warga Iraq sedang berbuka puasa.
Letupan di beberapa daerah majoriti Syiah di ibu negara Iraq pada November telah membunuh enam orang kebanyakkannya orang awam.
Serangan bom bunuh diri berkembar di Baghdad pada Januari tahun lalu membunuh 31 orang dan serangan kedua berlaku dalam masa tiga hari. – AFP, 10 Mei, 2019
Komen