Pengarah filem terbunuh ketika rakam dokumentari di Colombia


Gambar sekadar hiasan. Mauricio Lezama yang sedang merakam kenyataan daripada mangsa keganasan semasa perang saudara, ditembak sehingga mati oleh empat lelaki bersenjata di pekan Arauquita, di Arauca. – Gambar AFP, 10 Mei, 2019.

SEORANG pengarah filem Colombia ditembak mati semalam ketika sedang melakukan penggambaran dokumentari mengenai mangsa keganasan di timur negera itu, kata pihak berkuasa.

Mauricio Lezama yang sedang merakam kenyataan daripada mangsa keganasan semasa perang saudara, ditembak sehingga mati oleh empat lelaki bersenjata di pekan Arauquita, di Arauca.

Gabenor Arauca, Ricardo Arevalo menuduh ia perbuatan kumpulan FARC yang menolak perjanjian damai yang ditandatangani antara pemberontak dan kerajaan Colombia pada 2016.

Dokumentari bertajuk “Mayo” itu didedikasikan kepada seorang jururawat yang terbunuh di situ.

Arauca yang bersempadan dengan Venezuela, adalah pusat pengedaran dan penyeludupan dadah.

Daerah itu turut turut menjadi tempat tinggal 1,700 penentang FARC dan pejuang Tentera Pembebasan Kebangsaan (ELN) iaitu kumpulan gerila yang maish aktif sdi Colombia. – AFP, 10 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen