SEORANG ahli Parlimen Argentina berada dalam keadaan kritikal selepas cedera parah dalam kejadian tembakan ala mafia di luar bangunan Parlimen di Buenos Aires semalam.
Seorang pegawai terbunuh dalam kejadian itu.
Hector Olivares, 61, sedang berjalan di kawasan luar bangunan Kongres Kebangsaan pada jam 7 pagi waktu tempatan bersama rakannya, Marcelo Yadon apabila secara tiba-tiba di serang dari sebuah kereta. Yadon terbunuh dalam kejadian itu.
“Beliau kini kritikal. Dalam keadaan bahaya, dalam risiko. Beliau dibedah untuk selamatkan nyawanya,” kata Penolong Pengarah Hospital Ramos Mejia, Pablo Rossi.
Menteri Keselamatan Patricia Bullrich berkata penyerang sebelum itu mengawas kawasan sebelum menembak.
“Ini jelas sekali perbuatan mafia,” katanya. – AFP, 10 Mei, 2019.
Komen