BADAN perundangan Mexico City semalam sebulat suara mengharamkan aktiviti membeli, menjual atau memberi pelanggan plastik pakai buang.
Larangan yang akan berkuatkuasa pada Disember 2020 atau Januari 2021 itu termasuk ke atas beg plastik tidak terbiodegradasi, penyedut minuman, kutleri dan cawan, yang disifatkan memberi masalah serius kepada alam sekitar.
Ia sebagai usaha untuk memelihara alam sekitar dan membendung jumlah plastik yang hanyut di lautan - lapan juta tan setahun.
Badan perudangan akan berbahas mengenai peruntukan bagi membantu syarikat mengubah pengeluaran dan penggunaan plastik kepada bahan terbiodegradasi. – AFP, 10 Mei, 2019.
Komen