BBC pecat penyampai radio tweet hina anak Putera Harry


Meghan dan Putera Harry menyambut kelahiran putera mereka, Archie Isnin lalu. – Gambar AFP, 9 Mei, 2019.

PENYAMPAI berita veteran British Danny Baker semalam dipecat selepas memuat naik sekeping gambar pasagan suami isteri bersama anak cimpanzi bersuit dengan kapsyen “bayi diraja meninggalkan hospital” di Twitter.

Tuduhan gambar tersebut sebagai rasis membanjiri akaunnya, ketika bayi terbaru diraja British Archie hasil perkahwinan campur antara Meghan dan Putera Harry. Baker kemudian memadamkan gambar tersebut dan memohon maaf.

Tetapi BBC mengumumkan Baker, 61, akan meninggalkan tugasnya sebagai penyampai di Radio 5 Live.

“Ini adalah kesalahan serius salah pertimbangan dan bertentangan dengan nilai yang stesen kami cuba terapkan,” kata BBC.

“Danny adalah penyampai bijak tetapi tidak lagi akan menyampaikan rancangan mingguan bersama kami.”

Baker yang mencipta nama sebagai penulis muzik ketika era punk, memulakan kerjaya radionya pada 1989 dan mengacarakan rancangan kuiz di televisyen.

Beliau mengecam pemecatan itu, berkata BBC “mengabaikannya” dan implikasi tweet itu sebagai perkauman tidak pernah difikirkannya.

Tetapi, penyampai berita ITV Charlene White berkata tweet tersebut “tidak boleh diterima”.

“Untuk memuatnaik gambar bayi berusia tiga hari berdarah campuran sebagai monyet, kemudian kata ia lawak? Ia prejudis dan perkauman gaya lama,” tulisnya.

Meghan dan suaminya, Putera Harry menyiarkan gambar Archie kepada dunia buat pertama kali pada Rabu selepas kelahirannya Isnin lalu. – AFP, 9 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen