Syarikat penerbitan neo fasis dihalang sertai pesta buku Itali


Altaforte menerbitkan buku tulisan Menteri Dalam Negeri Itali Matteo Salvini yang berhaluan kanan anti pendatang. – Gambar AFP, 9 Mei, 2019.

SEBUAH syarikat penerbitan neo fasis dihalang terlibat dalam pesta buku Turin hari ini selepas wujud kecaman awam terhadap syarikat itu yang mempunyai hubungan dengan ahli politik haluan kanan Itali Matteo Salvini. 

Francesco Polacchi, ketua syarikat penerbitan Altaforte dihalang di pintu pesta buku itu. Syarikat itu baru sahaja menerbitkan sebuah buku wawancara dengan Salvini, seorang menteri dalam negeri Itali dan ketua parti anti pendatang.

Majlis Perbandaran Turin memfailkan aduan terhadap Polacchi semalam kerana kenyataannya dalam media yang menggambarkan diktator Benito Mussolini sebagai “negarawan Itali terbaik” dan “sedikit kedikdatoran” tidak “memberi kesan buruk”.

Wujud kecaman awam supaya Altaforte yang mempunyai hubungan dengan parti Itali neo fasis, CasaPound, supaya dihalang menyertai pesta itu.

Muzium Auschwitz-Birkenau berkata mereka akan menerajui kempen memboikot pesta buku antarabangsa itu sekiranya penerbit itu dibenarkan terlibat sama.

Fasisme adalah satu jenayah di Itali, yang boleh dipenjarakan minimum enam bulan hingga maksimum dua tahun.

“Saya dituduh buat kesalahan hanya kerana ada pandangan (berbeza),” kata Polacchi yang menyifatkan sekatan itu sebagai “serangan kepada menteri dalam negeri”.

Jelasnya lagi, pelancaran buku Salvini akan dibuat di Turin di lokasi baharu hujung minggu ini. – AFP, 9 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen