Kerajaan hilang hasil bayaran cermin gelap kerana BN guna orang tengah


Lee Chi Leong

Menteri Pengangkutan Anthony Loke mendedahkan kerajaan Barisan Nasional tidak mendapat sebarang pendapatan daripada kelulusan menggunakan cermin gelap kerana ia diambil kesempatan oleh pihak ketiga. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Mei, 2019.

BAYARAN sebanyak RM5,000 bagi kerana bercermin gelap sepenuhnya akan masuk ke tabung kerajaan dengan cara yang telus, tidak seperti penggunaan orang tengah oleh pentadbiran terdahulu, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

“Kerajaan tidak mendapat satu sen pun sebelum ini bagi kelulusan kereta bercermin gelap.

“Saya diberitahu terdapat orang tengah digunakan, RM8,000 dibayar untuk mendapatkan kelulusan, dan beberapa orang tengah di pejabat menteri pengangkutan,” kata Loke pada sidang akhbar hari ini.

“Saya ingin mengatakannya dengan jelas hari ini - tidak perlu cari sesiapa di pejabat saya untuk mendapatkan kelulusan. Segala-galanya mesti melalui proses yang betul.”

Loke mengadakan sidang akhbar hari ini untuk memberi penjelasan susulan pengumumannya dua hari lalu mengenai peraturan cermin gelap bagi kenderaan persendirian.

Peraturan baru yang membenarkan pemilik kenderaan menggelapkan cermin sehingga 70% untuk tingkap sebelah penumpang serta sebagai cermin belakang menerima pelbagai reaksi daripada kalangan pasukan polis, yang menentangnya dengan mengatakan ia akan menggalakkan aktiviti jenayah.

Peraturan baru ini juga mengenakan yuran sebanyak RM5,000 untuk permit dua tahun bagi cermin gelap sepenuhnya.

Ini dikritik oleh beberapa pihak, seperti menteri terdahulu, Liow Tiong Lai, yang menuduh kerajaan membuat keuntungan daripada itu.

Loke berkata yuran yang dikenakan untuk satu kenderaan dijangka memberi kerajaan RM6 juta setiap tahun. – 9 Mei, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen