BEKAS ketua audit negara, Ambrin Buang akan menyiasat kontrak perolehan dan penyelenggaraan Kementerian Pertahanan.
“Kami kini sudah selesai dengan pertukaran tanah, projek kami seterusnya adalah untuk melihat kontrak pembelian dan penyelenggaraan aset,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.
Tiada garis masa ditetapkan untuk audit, tetapi jawatankuasa enam orang di bawah Ambrin menyediakan kemas kini suku tahunan kepada Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.
Selepas pilihan raya umum tahun lepas, Ambrin, yang memainkan peranan penting dalam mendedahkan skandal 1Malaysia Development Bhd, dilantik oleh pentadbiran Pakatan Harapan untuk mengaudit semua kementerian, bermula dengan Kementerian Pertahanan.
Terdahulu, Mohamad membentangkan laporan Ambrin mengenai projek pertukaran tanah kementerian di Dewan Negara.
Selain 1MDB, satu lagi isu yang dibangkitkan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-14 ialah pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis.
Kapal selam dibeli pada 2002 apabila bekas perdana menteri Najib Razak memegang portfolio Kementerian Pertahanan.
Sogokan didakwa diberikan dalam penjualan, yang sedang disiasat oleh pihak pendakwaraya Perancis.
Perancis juga menyiasat bekas pembantu Najib, Abdul Razak Baginda, berhubung urus niaga itu.
Najib dan Razak menafikan sebarang kesalahan. – 9 Mei, 2019.
Komen