RM170 juta dari SRC International masuk ke akaun syarikat misteri


Bede Hong

Bekas perdana menteri Najib Razak menghadapi pelbagai tuduhan berhubung RM42 juta yang didakwa didepositkan ke dalam akaunnya pada 2014 dan 2015. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 9 Mei, 2019.

SEBANYAK RM170 juta dipindahkan dari SRC International masuk ke akaun Putra Perdana Construction pada pertengahan 2014, kata seorang pegawai kanan Maybank memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpiur hari ini.

Daripada jumlah itu, RM140 juta dipindahkan semula ke SRC International daripada Putra Perdana Construction, yang berfungsi sebagai hub untuk urus niaga lain, termasuk akaun peribadi AmBank yang tidak dinamakan.

Noor Lina Mahmud, yang merupakan ketua bahagian penyelesaian perbendaharaan, membahagikan transaksi seperti disenaraikan di bawah:

* RM35 juta daripada SRC International kepada Putra Perdana Construction pada 8 Julai 2014;

* RM105 juta daripada SRC International kepada Putra Perdana Construction pada 14 Julai 2014;

* RM30 juta daripada SRC International kepada Putra Perdana Construction pada 8 Ogos 2014;

* RM140 juta daripada Putra Perdana Construction kepada SRC International pada 12 Disember 2014;

* RM5 juta daripada akaun peribadi AmBank kepada Putra Perdana Consturction pada 29 Disember 2014; dan,

* RM27 juta daripada Permai Binaraya kepada akaun peribadi AmBank pada 8 Julai 2014

Noor Lina adalah saksi pendakwaan ke-32 yang memberi keterangan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak dalam perbicaraan SRC International. – 9 Mei, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen