Tottenham bertemu Liverpool di final Liga Juara-Juara


Liverpool akan bertemu Tottenham Hotspur dalam pentas akhir Liga Juara-Juara pada 1 Jun nanti di Madrid, Sepanyol. – Gambar EPA, 9 Mei, 2019.

TOTTENHAM Hotspur menumpaskan kelab bola sepak Belanda, Ajax dengan jaringan 3-2 pada Rabu sekali gus layak ke pentas final Liga Juara-Juara, lapor agensi berita Anadolu.

Pemain pertahanan Matthijs de Ligt membantu Ajax mendahului pada minit kelima disusuli jaringan kedua pada minit ke-35 oleh pemain tengah Hakim Ziyech, dalam aksi yang berlangsung di Arena Johan Cruijff, Amsterdam.

Tottenham kemudian bangkit menerusi jaringan hatrik Lucas Moura pada minit ke-55, ke-59 dan minit keenam pada babak tambahan.

Jaringan itu menjadikan kedua-dua pasukan terikat secara agregat 3-3 tetapi kelab bola sepak Inggeris itu mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Tottenham akan bertemu Liverpool dalam pentas akhir pada 1 Jun nanti di Madrid, Sepanyol. – Bernama, 9 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen