3 wanita seludup dadah guna mel ekspres di Myanmar


TIGA wanita ditahan di Yangon, Myanmar kerana menyeludup dadah jenis methamphetamine menggunakan perkhidmatan mel ekspres, lapor agensi berita Xinhua pada Rabu.

Mereka cuba menyeludup 70 paket methamphetamine seberat 1.32 kilogram bernilai lebih 105 juta kyats (AS$70,000).

Sementara itu, pasukan anti-narkotik Myanmar turut merampas 5.6kg methamphetamine bernilai 560 juta kyats (AS$373,333) daripada seorang penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon 30 April lalu. – Bernama, 9 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen