EJEN perisikan Venezuela pada Rabu menahan timbalan kepada pemimpin pembangkang Perhimpunan Nasional, iaitu tindakan yang dikecam oleh pemimpinnya Juan Guaido.
Timbalan kepada Guaido, Edgar Zambrano ditahan oleh ejen perisik di Caracas kerana menyokong gerakan yang disekat daripada kebangkitannya pada 30 April yang diketuai oleh Guaido.
“Kami memberi peringatan kepada rakyat Venezuela dan masyarakat antarabangsa: rejim tlah menculik naib presiden pertama Perhimpunan Nasional,” kata Guaido dalam satu mesej menerusi Twitter.
“Mereka cuba memusnahkan kuasa yang mewakili semua rakyat Venzuela, namun mereka tidak akan berjaya,” kaya Guaido.
Dalam perkembangan lain, mahkamah tinggi Venezuela menjatuhkan hukuman terhadap tiga lagi ahli Parlimen yang menyokong kebangkitan Guaido.
Mereka adalah Freddy Superlano, Sergio Vergara dan Juan Andres Mejia yang berdepan tuduhan pengkhianatan dan konspirasi.
Ia menjadikan 10 orang ahli parlimen pembangkang yang didakwa kerana menyokong Guaido, susulan pengumuman mahkamah yang mendakwa tujuh lagi yang lain pada Selasa. – AFP, 9 Mei, 2019
Komen