Pesawat Air France ke Mumbai disahkan mendarat di Iran


Gambar contoh. Sebuah pesawat Airbus Air France yang sedang dalam perjalanan ke Mumbai dari Paris hilang dari radar selepas menghantar isyarat kecemasan, lapor Flightradar24. – Gambar AFP, 8 Mei, 2019.

PIHAK berkuasa Iran mengesahkan pesawat Air France AF218 yang dilaporkan hilang membuat pendaratan cemas di Isfahan.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bencana di Pejabat Gabenor Isfahan, Mansoor Glass dipetik Sputniknews berkata semua penumpang dalam keadaan baik dan menerima rawatan di hospital.

Terdahulu, pesawat itu yang sedang dalam perjalanan ke Mumbai dari Paris dilaporkan hilang dari radar selepas menghantar isyarat kecemasan.

Flightradar24 melaporkan, ketika isyarat kecemasan diterima, penerbangan AF218 itu sedang melewati ruang udara Iran berhampiran Isfahan. Pesawat terbabit dilaporkan hilang ketika mula terbang rendah tanpa sebab yang jelas.

“Pesawat tidak ditemui. Penerbangan AF218 ketika ini tidak dapat dikesan oleh Flightradar24. Sama ada ianya di luar liputan atau sudah mendarat,” menurut laman web penjejak penerbangan itu.

Pesawat penumpang itu berlepas dari Paris pada jam 11:21 pagi dan dijadualkan tiba di Mumbai pada tengah malam. 

Punca mengapa pesawat berkenaan mendarat cemas masih belum diketahui. – 8 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen