7 orang terkorban dalam runtuhan salji di Siberia


Dalam insiden Isnin lalu, sembilan orang pendaki dipercayai terperangkap dalam runtuhan salji di pergunungan Chuya Alps di selatan Siberia berdekatan Kazakhstan dan China. – Gambar EPA, 8 Mei, 2019.

SERAMAI tujuh pendaki dilaporkan hilang dikhuatiri maut selepas berlaku runtuhan salji di Pergunungan Altai, Rusia.

Dalam insiden Isnin lalu, sembilan orang pendaki dipercayai terperangkap dalam runtuhan salji di pergunungan Chuya Alps di selatan Siberia berdekatan Kazakhstan dan China.

Ketua pasukan kecemasan di Altai, Andrei Burlakov berkata, dua pendaki berjaya keluar menyelamatkan diri dan memaklumkan kepada pihak berkuasa.

“Ekoran runtuhan salji yang teruk, operasi mencari dan menyelamat dijalankan untuk tempoh masa yang tidak terhad,” katanya.

Jurulatih pendaki Vladimir Yudin berkata, kesemua pendaki yang menyusuri laluan sukar yang diluluskan pihak berkuasa itu merupakan individu berpengalaman.

“Mereka adalah sebahagian daripada kumpulan yang berpangkalan di bandar Novosibirsk di Siberia,” katanya. – AFP, 8 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen