Pilihan raya umum Afrika Selatan bermula


Pilihan raya umum keenam Afrika Selatan bermula pagi (waktu tempatan) menyaksikan kira-kira 26.7 juta pengundi layak akan menunaikan tanggungjawab masing-masing. – Gambar EPA, 8 Mei, 2019.

PILIHAN raya umum keenam Afrika Selatan bermula pagi (waktu tempatan) menyaksikan kira-kira 26.7 juta pengundi layak akan menunaikan tanggungjawab masing-masing, lapor agensi berita Anadolu. 

Pusat pengundian dibuka seawal 7 pagi dan ditutup 9 malam (waktu tempatan).

Menurut suruhanjaya pilihan raya Afrika Selatan terdapat sejumlah 22,000 pusat pengundian dibuka di seluruh negara.

Pemimpin pembangkang dari Parti Perikatan Demokratik, Mmusi Maimane akan mengundi di Dobsonville di Soweto.

Sejumlah 48 parti politik menyertai pilihan raya kali ini, namun pertembungan sengit membabitkan tiga parti utama iaitu Kongres Nasional Afrika, Parti Perikatan Demokratik dan Parti Pejuang Kebebasan Ekonomi.

Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa dijangka mengundi kira-kira jam 11 ​​pagi waktu tempatan  di Soweto.  – Bernama, 8 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen