4 wanita dibebaskan daripada tahanan tembakan di Perancis


Remaja berusia 17 tahun itu menahan wanita tersebut di sebuah bar di pinggir bandar Blagnac, Toulouse selama beberapa jam sebelum ditangkap selepas rundingan berjaya. – Gambar AFP, 8 Mei, 2019.

EMPAT wanita dibebaskan semalam selepas ditahan hampir lima jam oleh seorang remaja bersenjata api di sebuah bar di luar pinggir bandar Toulouse, Perancis, kata pegawai.

Remaja berusia 17 tahun itu menahan wanita tersebut di sebuah bar di pinggir bandar Blagnac, Toulouse selama beberapa jam sebelum ditangkap selepas rundingan berjaya, kata Menteri Dalam Negeri Christophe Castaner di Twitter.

Remaja tersebut “yang berusia hampir 18 tahun mempunyai rekod polis kerana keganasan, terutama kepada anggota polis, rompakan dan juga terlibat dalam protest vest kuning (anti kerajaan) pada Disember,” kata Ketua Pendakwa Raya Toulouse Dominique Alzeari pada sidang media.

Dia bukanlah “seseorang yang dianggap berbahaya”, katanya sebelum ini.

Penyerang tersebut yang identitinya tidak didedahkan, masuk ke dalam sebuah bar pada tengahari sebelum melepaskan dua tembakan dan memberi amaran akan menembak polis yang menghampirinya, kata Alzeari.

Awal semalam, Pejabat Datuk Bandar Blagnac berkata “tidak wujud unsur keganasan” dalam kejadian itu, pandangan sama dikongsi polis.

Penyerang itu membebaskan seorang wanita, pemilik bar itu sebelum membebaskan tiga lagi wanita yang kata saksi adalah pekerja di bar berkenaan.

Seorang penghantar barangan berkata beliau kenal ayah penyerang tersebut, memberitahu media di kawasan kejadian dan memberikan namanya sebagai “Yanis”, seorang penduduk di kawasan kejiranan itu.

Katanya lagi, polis turut membawa ibu penyerang tersebut ke tempat kejadian untuk membantu rundingan. – AFP, 8 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen