8 cedera, 2 ditahan dalam tembakan di sekolah AS


Penyerang melepaskan tembakan di dalam STEM School Highlands Ranch, sebuah sekolah menempatkan pra sekolah sehingga Gred 12 di tengah Colorado, lapan kilometer dari Columbine High School. – Gambar AFP, 8 Mei, 2019.

LAPAN pelajar cedera dalam kejadian tembakan di negeri Colorado, AS semalam, kata polis di sebuah bandar berhampiran kejadian tembakan terburuk pernah berlaku dalam sejarah moden negara itu.

Pejabat Sherif Douglas County menerusi Twitter berkata yang “7 atau 8 pelajar cedera” sementara dua penembak sudah ditahan.

Pejabat sherif berkata penyerang melepaskan tembakan di dalam STEM School Highlands Ranch, sebuah sekolah menempatkan pra sekolah sehingga Gred 12 di tengah Colorado, lapan kilometer dari Columbine High School.

Dua penyerang remaja membunuh 12 pelajar dan seorang guru di Columbine pada 1999- ketika itu salah satu kejadian tembakan terburuk dalam sejarah AS.

Sejak itu, tembakan sekolah menjadi kebiasaan di AS, dengan kejadian tembakan senjata api membunuh hampir 40,000 pada 2017, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

Walaupun jenayah keganasan senjata api jadi masalah besar di negara itu, usaha menanganinya di peringkat persekutuan sering kali menemui jalan buntu. – AFP, 8 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen