Doktor Sepanyol dipenjarakan kerana merogol kanak-kanak


Dalam konsultasi atas talian, Cristian menyakinkan ibu bapa untuk memeriksa alat kelamin anak-anak mereka sementara dia merakamkan aksi itu. – Gambar EPA, 7 Mei, 2019

MAHKAMAH Sweden hari ini memenjarakan seorang doktor Sepanyol selama 10 tahun kerana melakukan serangan seksual dan merogol kira-kira 50 kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun.

Cristian Carretero, 29, didapati bersalah atas kesalahan empat kali merogol dan 46 serangan seksual ke atas kanak-kanak bawah umur dan menghasut orang dewasa untuk mencintai anak-anak mereka selain memiliki pornografi kanak-kanak.

Cristian merupakan bekas graduan University of Barcelona akan diusir dari Sweden selepas selesai menjalani hukuman.

Mahkamah mendapati Cristian melakukan jenayah di antara 2015 hingga 2017 di beberapa pusat perubatan di Sweden dan semasa konsultasi atas talian.

Dalam konsultasi atas talian, Cristian menyakinkan ibu bapa untuk memeriksa alat kelamin anak-anak mereka sementara dia merakamkan aksi itu.

Mahkamah mendapati dia bersalah atas kesalahan merogol dengan keadaan menjijikkan kerana menggunakan jawatannya sebagai doktor dan menyalahgunakan kepercayaan pesakit.

Hampir 80 orang didaftarkan sebagai plaintif dalam kes itu di mana 55 orang adalah kanak-kanak.  – AFP, 7 Mei, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen