Qatar beri hampir setengah bilion dolar kepada Palestin


QATAR memperuntukkan US$480 juta (RM1.9 bilion) kepada pihak berkuasa Palestin bagi membantu pendidikan, perkhidmatan kesihatan dan menyediakan bantuan kemanusiaan segera. – Gambar EPA, 7 Mei, 2019.

QATAR memperuntukkan US$480 juta (RM1.9 bilion) kepada pihak berkuasa Palestin bagi membantu pendidikan, perkhidmatan kesihatan dan menyediakan bantuan kemanusiaan segera.

Pihak berkuasa yang diketuai Presiden Mahmud Abbas berdepan kesukaran selepas dua sumber utama pendapatan dipotong.

Washington telah menamatkan semua bantuan Amerika Syarikat (AS) dua hala sebagai tindak balas terhadap hubungan rakyat Palestin yang terputus selepas mengakui kota Jerusalem yang dipertikaikan sebagai ibu negara Israel pada 2017.

Pejabat Qatar News Agency melaporkan Qatar memperuntukkan AS$ 300 juta dalam bentuk geran dan pinjaman bagi menyokong belanja sektor kesihatan dan pendidikan dengan Pihak Berkuasa Palestin.

“Doha memperuntukkan AS$180 juta lagi dalam bantuan segera dan kemanusian serta menyokong program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Palestin.

“Bantuan juga akan disalurkan ke sektor elektrik bagi memastikan bekalan tidak terganggu,” katanya.

Pada Februari, Israel memotong sejumlah AS$10 juta sebulan dari resit Kastam yang dipindahkan kepada rakyat Palestin, sepadan dengan jumlah yang dikatakan dibayar kepada keluarga tahanan atau terus kepada penghuni yang berkhidmat di penjara Israel.

Qatar yang kaya dengan gas merupakan penderma utama kepada rakyat Palestin. – AFP, 7 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen