GUNUNG Sinabung di Indonesia meletus hari ini menyebabkan asap setinggi dua meter memenuhi ruang udara sekitar kawasan berdekatan.
Gunung Sinabung di Pulau Sumatra mula aktif sejak 2010 selepas 400 tahun.
Pegawai agensi bencana berkata, letusan itu berpotensi menjejaskan jadual penerbangan tetapi notis rasmi belum dikeluarkan lagi.
Penduduk tempatan yang tinggal di sepanjang sungai berhampiran kawah dinasihatkan untuk berjaga-jaga kemungkinan aliran lava.
Tiada laporan kecederaan atau kematian akibat letusan yang berlaku dan agensi bencana juga tidak mengeluarkan sebarang arahan pemindahan.
Tidak ada yang tinggal di sekitar zon larangan di sekitar gunung berapi seperti yang diumumkan sebelum ini.
Selepas satu tempoh tidak aktif, gunung berkenaan meletus sekali lagi pada 2013 dan terus aktif sehingga kini.
Pada 2016, tujuh orang mati akibat letusan gunung berapi berkenaan manakala pada 2014 seramai 16 orang terbunuh.
Indonesia merupakan lokasi kepada kira-kira 130 gunung berapi aktif kerana kedudukannya di dalam “Ring Of Fire” yang merupakan sempadan plat tektonik mengelilingi Lautan Pasifik di mana kegiatan seismik sering terjadi. – AFP, 7 Mei, 2019.
Komen