PILIHAN Raya Australia menjadi kecoh apabila Perdana Menteri Australia Scott Morrison hampir menjadi mangsa baling telur oleh seorang wanita hari ini.
Telur yang cuba dilemparkan dalam jarak dekat itu dilakukan ketika lawatan perdana menteri itu ke Albury sebuah kawasan di New South Wales yang turut diwakili calon bebas yang menjadi pilihan pengundi luar bandar.
Insiden yang disiarkan di televisyen Australia itu menunjukkan cubaan seorang wanita membaling telur ke arah Morrison tetapi berjaya dihalang seorang pengawal keselamatan yang kemudian mengheret remaja itu keluar.
Polis New South Wales berkata, mereka telah menahan seorang wanita berusia 25 tahun.
Menurut wartawan akhbar Australia, remaja itu ketika ditanya berkata tindakan itu dilakukan merujuk kepada Pulau Manus di Papua New Guinea yang sekian lama dijadikan Australia sebagai pusat tahanan perlarian.
Insiden berlaku selepas serangan ke atas ahli politik Fraser Anning yang dibaling telur oleh seorang remaja lelaki ketika sesi sidang media.
Remaja berkenaan membuat bantahan terhadap komen Anning yang menyalahkan pendatang asing penyebab pembunuhan beramai-ramai 51 orang di dua masjid Christchurch, New Zealand. – AFP, 6 Mei, 2019.
Komen