Korea Utara selar latihan ketenteraan Korea Selatan-AS


Menurut laman web Meari, Korea Selatan dan AS menjalankan latihan selama dua minggu dan satu lagi latihan dikenali 19-2 Dong Maeng dijadualkan pada Ogos. – Gambar AFP, 7 Mei, 2019.

SATU laman web propaganda Korea Utara menyelar tindakan Korea Selatan mengadakan latihan ketenteraan bersama Amerika Syarikat (AS) dan memberi amaran tindakan sedemikian boleh menjejaskan hubungan antara Korea, lapor agensi berita Yonhap.

Menurut laman web Meari, Korea Selatan dan AS menjalankan latihan selama dua minggu dan satu lagi latihan dikenali 19-2 Dong Maeng dijadualkan pada Ogos.

Menyifatkan latihan itu sebagai “pengkhianatan langsung dalam perjanjian antara Korea” dan seharusnya Korea Selatan “bertindak bijak” agar tidak membangkitkan krisis dalam hubungan rentas sempadan.

Kritikan itu adalah yang terbaru dalam siri bantahan Pyongyang terhadap latihan ketenteraan oleh sekutunya dan beberapa hari selepas Korea Utara melancarkan peluru jarak dekat ke Laut Timur pada Sabtu.

Sementara itu, Seoul mengambil langkah berhati-hati dan menyuarakan kebimbangan mengenai pelancaran peluru jarak dekat Pyongyang sebagai pelanggaran perjanjian ketenteraan antara Korea yang ditandatangani September tahun lalu, bagi menamatkan permusuhan antara satu sama lain. – Bernama, 7 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen