PIHAK Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) tidak akan menyerahkan penyata cukai Presiden Donald Trump kepada pembuat dasar Demokratik, menolak permintaan daripada Kongres, kata Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin hari ini.
Permintaan Jawatankuasa Kaedah dan Cara “tidak mempunyai tujuan yang sah,” yang bermaksud Perbendaharaan AS tidak dibenarkan melepaskan pemfailan fail cukai oleh Trump dan perniagaannya, kata Mnuchin dalam satu surat kepada pengerusi jawatankuasa itu.
Penolakan Mnuchin selepas sebulan mempertimbangkannya dibuat pastinya akan mencetuskan satu lagi pertembungan undang-undang antara presiden dan kongres parti Demokrat yang kini mengawal Dewan Perwakilan Rakyat.
Di bawah undang-undang yang memberikan akses jawatankuasa kepada pemfailan cukai, jawatankuasa itu bulan lepas meminta jabatan cukai AS bagi lima tahun penyata cukai yang difailkan oleh Trump dan lapan entiti korporat dalam empayar perniagaannya.
Bagaimanapun, Mnuchin beberapa kali melepasi tarikh akhir yang ditetapkan oleh jawatankuasa, menyifatkannya permintaan itu “tidak pernah berlaku” dan memberi amaran ia menimbulkan persoalan Perlembagaan dan mengancam privasi pembayar cukai.
Mnuchin berkata pada Isnin yang beliau membuat keputusannya selepas berunding dengan Jabatan Kehakiman AS.
“Saya memaklumkan kepada anda sekarang bahawa Jabatan mungkin tidak memenuhi permintaan jawatankuasa itu,” kata Mnuchin dalam satu surat kepada Pengerusi Jawatankuasa Kaedah dan Cara Perwakilan, Richard Neal.
Trump pada 2016 menjadi calon presiden pertama dalam beberapa dekad ke White House tanpa terlebih dahulu mendedahkan penyata cukainya.
Pada masa yang sama, beliau tidak melepaskan pegangan perniagaan globalnya, mendedahkannya kepada tuduhan kemungkinan berlakunya konflik kepentingan dalam menjalankan urusan negara. – AFP, 7 Mei, 2019.
Komen