ZAMAN doktor memberi preskripsi pesakit dengan antibiotik yang kuat ketika menunggu laporan makmal yang memakan masa berhari-hari bakal berakhir dengan penghasilan peranti yang mampu memberi keputusan dalam tempoh beberapa minit sahaja.
Ia dicipta oleh satu pasukan di universiti Penn State dan diterangkan dalam satu kertas yang diterbitkan dalam Prosiding Akademi Sains Kebangsaan pada Isnin.
Dibangunkan bersama Pak Kin Wong, seorang profesor kejuruteraan bioperubatan dan kejuruteraan mekanikal, peranti ini menggunakan mikroteknologi untuk memerangkap sel bakteria tunggal yang kemudiannya dapat dilihat di bawah mikroskop elektron.
Ia membolehkan para doktor menentukan dalam masa 30 minit sama ada bakteria hadir dan kerentanannya (susceptibility) terhadap rawatan ubat - berbanding tiga hingga lima hari kerja makmal ketika ini.
“Kami kini memberi preskripsi antibiotik walaupun tiada bakteria,” kata Wong kepada AFP.
Kertas penyelidikan mengatakan sebagai tambahan kepada kejayaan mengesan apakah bakteria yang hadir, peranti dapat mulai mengklasifikasikan jenis dengan menentukan apakah sel itu berbentuk sfera, rod, atau lingkaran.
“Peranti ini menentukan kewujudan tetapi bukan jenis bakterinya,” kata Wong.
“Apa yang kita sedang usahakan ialah pendekatan molekul pelengkap seperti itu agar kita boleh mengenal pasti spesies itu.”
Dan selepas mengesahkan kehadiran bakteria, sampel akan didedahkan kepada antibiotik untuk menentukan sama ada tahap resistannya, di mana kehadiran antibiotik akan terbukti tidak berkesan.
“Jangkitan saluran kencing adalah jangkitan bakteria paling biasa,” kata Wong.
“Bagaimanapun, lebih 75% spesimen air kencing dihantar ke makmal mikrobiologi klinikal adalah negatif. Ia lebih pantas mengesahkan kehadiran bakteria pada kepekatan yang relevan secara klinikal akan meningkatkan penjagaan pesakit secara dramatik.”
Beliau menambah pasukan itu memohon untuk paten sementara dan boleh memasarkannya dalam masa tiga tahun selepas ia dapat mengecilkan saiznya supaya boleh digunakan di hospital dan pejabat doktor. – AFP, 7 Mei, 2019.
Komen