GEMPA berkekuatan 7.2 magnitud gegar Papua New Guinea pada Selasa, kata laporan rasmi.
Gempa dengan kedalaman 127km (80 batu) kira-kira 30km (20 batu) dari bandar Bulolo pada 2119 GMT Isnin, kata Suruhanjaya Geologi Amerika Syarikat.
Gegaran turut dirasai di ibu kota Port Moresby kira-kira 250km jauhnya.
Kenyataan rasmi berkata tiada laporan mengenai kerosakan besar dan kedalaman gempa yang berlaku tidak mengakibatkan ancaman tsunami.
“Kami belum menerima melaporkan kerosakan yang serius,” kata Inspektur Leo Kaikas, komander Polis Balolo, kepada AFP. “Kami masih menilai keadaan,” katanya.
Kakitangan di Hotel Pine Lodge Bulolo berkata terdapat kerosakan kecil akibat objek yang jatuh di meja, tetapi tidak serius.
Terdapat kira-kira 110,000 orang yang tinggal dalam jarak 50 kilometer dari pusat gempa, menurut data PBB.
Pejabat Pengurusan Bencana Nasional yang berpangkalan di Moresby berkata ketika tidak ada laporan awal tentang kerosakan, namun berita dari zon gempa biasanya akan mengambil waktu.
“Kami sedang menunggu penilaian,” kata jurucakap memberitahu AFP.
Negara itu dilanda gempa bumi 7.5 magnitud pada Februari tahun lalu yang meranapkan kediaman dan mencetuskan tanah runtuh, membunuh sekurang-kurangnya 125 orang.
Skala bencana itu hanya diketahui beberapa hari selepas kejadian disebabkan komunikasi dan infrastruktur buruk di sana. – AFP, 7 Mei, 2019.
Komen