PRESIDEN Mali telah menamakan kerajaan baharu selepas pendahulunya meletakkan jawatan bulan lalu ketika bantahan berlarutan di seluruh negara itu dan menyebabkan keganasan, kata presiden negara dalam satu kenyataan.
Ibrahim Boubacar Keita pada Ahad mengumumkan 37 anggota badan eksekutif baharu di bawah Perdana Menteri Boubou Cisse, yang dilantik pada 22 April untuk melihat pembentukan kerajaan “berdasar luar negara”.
Minggu lalu Cisse menandatangani gabungan dengan pembangkang dan majoriti wakil parti di ibu negara Bamako, menyatakan kesanggupan mereka untuk menubuhkan kerajaan baharu.
Pendahulu Cisse, Soumeylou Boubeye Maiga dan seluruh kabinetnya meletakkan jawatan pada 18 April susulan pembunuhan beramai-ramai 160 anggota masyarakat Fulani pada 23 Mac di perkampungan Ogossagou berhampiran sempadan Mali dan Burkina Faso.
Puluhan ribu rakyat Mali turun ke jalan raya pada 5 April bagi menyatakan bantahan mereka terhadap keganasan yang meragut ia-kira 600 nyawa, yang gagal dihalang oleh kerajaan. – AFP, 6 Mei, 2019
Komen