EMIRIAH Arab Bersatu (UAE) berkata pihaknya telah membebaskan kapal tentera laut Qatar yang melanggar sempadan perairan UAE minggu lalu.
“UAE telah membebaskan kapal tentera Qatar dengan empat anak kapal,” kata menteri luarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, kapal yang membawa bendera Qatar itu memasuki perairan UAE pada 30 April lalu membawa empat tentera, dua warga Qatar, seorang warga Palestin dan seroang lagi warga India.
Ia bagaimanapun tidak mengulas lanjut.
UAE, bersama Aran Saudi, Bahrain dan Mesir telah memutuskan hubungan diplomatik dan hubungan pengangkutan dengan Qatar pada Jun 2017, dan mendakwa negara itu menyokong kumpulan pelampau Islam.
Doha bagaimanapun berulang kali menafikan dakwaan itu dan menuduh bekas sekutunya mahu perubahan rejim. – AFP, 6 Mei, 2019
Komen