Masih banyak yang perlu dilakukan kementerian, kata menteri


Ragananthini Vethasalam

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata, pelbagai usaha sedang dijalankan oleh KDN dalam memastikan keharmonian dan keamanan negara.– Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Mei, 2019

MENGEMBALIKAN reputasi pasukan polis, mengubah undang-undang zalim, dan menyelesaikan masakah berkaitan kesalahan dadah dan peningkatan pekerja asing tanpa dokumen merupakan antara apa yang perlu dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Dalam satu wawancara khas sempena ulang tahun pertama Pakatan Harapan, menterinya Muhyiddin Yassin berkata sesetengah janji yang dibuat oleh gabungan itu masih sedang dilakukan.

Menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) pasukan polis bagi memastikan setiap operasinya dijalankan dengan betul merupakan antara keutamaan kementerian.

“Kami berharap persepsi negatif terhadap pasukan polis akan berkurangan dengan usaha yang dijalankan untuk kembalikan reputasi pasukan.

“Kaki sedang jalankan usaha dalaman yang termasuk menyemak semula dan menambah baik SOP polis.”

Dalam pada itu, kerajaan menerusi Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) mempertingkatkan usaha mengawal sempadan negara.

Kementerian juga sedang berusaha untuk menyelesaikan isu logistik bagi menghantar aset pertahanan yang betul bagi mengawal perairan negara, katanya.

Muhyiddin juga berkata, usaha itu juga termasuk meminda enam undang-undang.

Enam undang-undang berkenaan adalah Akta Hasutan, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma), Akta Pencegahan Jenayah (Poca), Akta Pencegahan Keganasan (Pota), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan Akta Perhimpunan Aman (APA).

Cadangan pindaan bagi Sosma dan APA kini di peringkat akhir persediaan dan ia dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada sidang akan datang.

“Undang-undang tetap undang-undang. Ia digubal bagi menghalang sebarang perkara yang tidak menyumbang kepada keamanan dan keharmonian negara.

“Sudah pasti kita akan gubal undang-undang baharu sekiranya perlu dan meminda undang-undang sedia ada bagi memastikan ia tidak menekan, kuno dan zalim. Itu sebabnya mengapa kita mahu jadikan undang-undang lebih berperikemanusiaan.”

Mengenai kes ketegangan agama dan perkauman baru-baru ini, Muhyiddin berkata pemimpin agama dan masyarakat perlu memainkan peranan dalam menjadikan negara berbilang kaum.

Penyalahgunaan dadah adalah satu lagi masalah yang memerlukan perhatian, katanya.

Walaupun isu penyalahgunaan dadah telah lama berlaku, Muhyiddin berkata ia memerlukan usaha bersama semua pihak termasuk rakyat dan masyarakat awam untuk diatasi. – 6 Mei, 2019

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen