Tugas ketua hakim 'tanggungjawab besar' tak kira jantina, kataTengku Maimun 


Noel Achariam

Ketua hakim yang baharu dilantik, Tengku Maimun Tuan Mat berkata tekanan bukanlah datang daripada faktor jantina tetapi ia datang daripada jawatan itu sendiri. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 6 Mei, 2019

KETUA hakim wanita pertama di Malaysia berkata peranan hakim tertinggi negara itu datang dengan tanggungjawab yang besar, dan faktor jantina tidak akan kena mengena dalam kemampuan menjalankan tanggungjawab itu.

Ketua Hakim Tengku Maimun Tuan Mat berkata, beliau tidak merasakan sebarang tekanan apabila menjadi wanita pertama yang memegang jawtaan itu.

“Tekanan datang daripada memenang jawatan itu kerana ia adalah tanggungjawab yang besar.

“Ia tidak kira lelaki atau wanita yang memegang jawatan itu tetapi tanggungjawab perlu dijalanan dengan baik,” katanya kepada pemberita di Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Tengku Maimun, yang merupakan bekas hakim mahkamah persekutuan, di Istana Negara hari ini.

Pelantikannya berkuatkuasa 2 Mei. Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Richard Malanjum, yang bersara pada 12 April.

Mengenai rancangannya dalam kehakiman, beliau berkata masih awal untuk beliau menyatakan pembaharuan yang akan dibuat dan beliau baru sahaja mengambil alih jawatan itu.

“Masih terlalu awal untuk nyatakan rancangan saya untuk kehakiman.

“Saya akan teruskan melakukan pembaharuan yang dimulakan bekas ketua hakim Richard Malanjum.

“Saya akan adakah perundingan dengan tiga hakim yang lain berhubung pembaharuan itu dan kita akan mengatakan secara kolektif mengenainya.”

Tengku Maimun juga menambah bahawa mahkamah telah menyelesaikan kes mereka tepat pada waktunya.

“Kami berjaya selesaikan 90% kes.” – 6 Mei, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen