PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, Putrajaya akan melihat sama ada terdapat keperluan untuk mengkaji semula ratifikasi perjanjian antarabangsa yang dikeluarkan dan jika ia bersesuaian dengan budaya Malaysia.
“Kita akan melihatnya sama ada ia bersesuaian dengan budaya kita atau tidak,” katanya ketika ditanya sama ada Putrajaya akan mengkaji semula ratifikasi Statut Rom dan Konvesyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD).
Kerajaan terpaksa berdepan tekanan beberapa pihak untuk tidak bersetuju dengan perjanjian antarabangsa berkenaan.
Ditanya sama ada beliau meramalkan apa-apa bantahan terhadap percubaan mengesahkan perjanjian lain yang merupakan sebahagian daripada janji manifesto Pakatan Harapan Dr Mahathir berkata, terdapat halangan dalam melaksanakannya dan banyak janji yang tidak dapat dilaksanakan dalam semalam.
“Ada banyak janji yang tak dapat ditunaikan. Ada halangan untuk melaksanakannya.
“Bukan mudah untuk selesaikannya, ia akan mengambil masa tetapi kami akan mencuba dan menyampaikannya sebanyak mungkin mengikut keadaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media sempena ulang tahun pemerintahan Pakatan Harapan (PH) yang pertama. – 6 Mei, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen