Trump sokong Israel 100%


Presiden Donald Trump menyuarakan sokongannya terhadap Israel di tengah-tengah serangan udara yang berterusan di Semenanjung Gaza. – Gambar AFP, 6 Mei, 2019.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam menyuarakan sokongannya terhadap Israel di tengah-tengah serangan udara yang berterusan di Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Anadolu.

“Sekali lagi, Israel diserang kumpulan pemberontak Hamas. Kami menyokong Israel 100% dalam mempertahankan rakyatnya,” tulis Trump di Twitter.

“Kepada penduduk Gaza – keganasan terhadap Israel hanya akan membawa lebih banyak kesengsaraan, tamatkan keganasan dan bekerja untuk ke arah keamanan. Ia boleh jadi kenyataan!” katanya. – Bernama, 6 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen