PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata tidak ada rombakan Kabinet dalam masa terdekat kerana beliau gembira dengan pencapaian menterinya.
“Saya tidak nampak sebab kenapa saya perlu struktur semula Kabinet. Tidak akan ada rombakan Kabinet,” katanya ketika temu bual berkumpulan khas sempena ulang tahun pertama Pakatan Harapan.
Dr Mahathir berkata beliau gembira dengan pencapaian anggota Kabinetnya, majoriti kali pertama menjadi menteri dan masih belajar selok-belok pentadbiran.
Berkenaan taraf pencapaian mereka, perdana menteri yang mengambil pendekatan konservatif itu berkata, beliau beri Kabinetnya lima daripada 10 markah. – 6 Mei, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen