PEMIMPIN di Gaza setuju untuk mengadakan gencatan senjata dengan Israel awal pagi ini, kata tiga pegawai yang tahu mengenai perbincangan tersebut.
Seorang pegawai Hamas dan seorang pegawai dari sekutunya, Islamic Jihad yang mahu nama mereka dirahsiakan berkata perjanjian yang dianjurkan Mesir dipersetujui pada jam 4.30 pagi waktu tempatan.
Seorang pegawai Mesir yang juga enggan didedahkan mengesahkan perkara tersebut. Namun, seorang jurucakap tentera Israel enggan memberi sebarang komen.
Koresponden AFP di Gaza berkata keadaan tenang sejak gencatan senjata dilaksanakan. – AFP, 6 Mei, 2019.
Komen