UMAT Islam perlu melatih diri sepanjang sepanjang bulan puasa dan melawan godaan daripada melakukan perkara tidak baik seperti suapan dan rasuah, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam ucapan bulanannya kepada penjawat awam hari ini.
Bulan Ramadan yang suci bukan sekadar menjauhkan diri daripada makan dan minum tetapi juga daripada melakukan aktiviti tidak betul secara moral seperti rasuah, katanya.
“Jika kita tidak mampu menentang godaan, kita akan menghadapi banyak masalah. Umpamanya kalau kita terlibat dalam rasuah dan kita tahu rasuah tidak baik, dilarang dan berdosa, tetapi kita tidak mampu menolak.
“Justeru, kita akan menjadi individu yang lemah,” kata Dr Mahathir.
Pemimpin berusia 93 tahun itu menggesa penjawat awam meneruskan kehidupan yang bebas daripada amalan rasuah walaupun selepas Ramadan.
Beliau berkata hanya orang yang kuat mengawal nafsu akan berjaya. – 6 Mei, 2019.
Berita penuh di sini
Komen