DJ popular Australia Adam Neat meninggal dunia di pulau peranginan Bali selepas dilaporkan merempuh pintu kaca ketika cuba membantu rakannya yang cedera.
“Dengan penuh rasa sedih kami mengesahkan Adam Neat terbabit dalam satu kemalangan yang membawa maut ketika cuba menolong seorang rakannya yang mengalami kecederaan keretakan tuang di Bali pada Sabtu,” menurut satu laman rasmi di Facebook, yang mempunyai 900,000 pengikut.
Neat, atau nama pentasnya Adam Sky, pada masa ini bekerja di Singapura dan sering mendapat ranking sebagai tiga DJ terbaik di Asia, menurut laman webnya.
Stesen televisyen tempatan ABC berkata Neat, 42, dipercayai mengalami kecederaan arteri di lengannya ketika merempuh pintu kaca ketika tergesa-gesa membantu seorang rakan perempuannya yang jatuh dari balkoni di resort tempat mereka menginap. – AFP, 6 Mei, 2019.
Komen