NARATIF bermotifkan politik dan ketidakmampuan kerajaan untuk mengatasinya akan menjadi penghalang terbesar Putrajaya dalam meratifikasi lima lagi konvensyen hak asasi manusia antarabangsa, kata pakar.
Mereka berkata Putrajaya perlu segera belajar daripada kesilapan susulan kegagalan meratifikasikan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).
Putrajaya mengesahkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ia akan, dalam beberapa bulan akan datang, mengesahkan Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik; Konvensyen PBB terhadap Konvensyen Terhadap Penyiksaan & Rawatan Lain atau Hukuman yang Kejam, Tidak Manusiawi atau Menghina; Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan; Konvensyen Antarabangsa mengenai Perlindungan Hak Semua Pekerja Migran dan Anggota Keluarga Mereka; dan Konvensyen Antarabangsa Untuk Perlindungan Semua Orang Dari Kehilangan Yang Dipaksa.
Malaysia merupakan satu mengesahkan satu daripada tiga perjanjian PBB - Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita; Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak; dan Konvensyen mengenai Hak Orang Kurang Upaya.
Bagaimanapun, cubaan untuk meratifikasi Statut Rom dan Icerd memakan diri dengan pihak tertentu yang memainkan isu perkauman dan agama untuk memaksa kerajaan menarik diri.
Pihak istana juga terlibat dengan tindakan menentang konvensyen antarabangsa yang mengatakan ia akan menghakis kuasa mereka yang dilindungi oleh Perlembagaan.
Pakar menyalahkan kegagalan Putrajaya untuk memberi penjelasan sebenarnya mengenai dua konvensyen antarabangsa berhubung kegagalan memalukan itu.
Pakar Perlembagaan Dr Shad Saleem Faruqi memberitahu The Malaysian Insight, kerajaan akan berterusan menerima bangkangan dalam perjanjian lain, sambil menambah terdapat banyak pusat kuasa autoritarian di dalam dan luar kerajaan yang menentang ratifikasi sedemikian.
“Strategi pembangkang adalah untuk mencerca apa sahaja dan semua yang dilakukan oleh kerajaan dan melihat keburukan walaupun ia tidak wujud, dan memperbodohkan orang awam yang mudah terpedaya untuk mempercayai cara hidup dan kedaulatan kita akan terancam,” katanya.
Shad menambah tindakan menyertai perjanjian ini penting kerana Malaysia adalah anggota PBB dan badan hak asasi manusianya.
Menurut Shad, Perlembagaan Persekutuan juga sebahagian besarnya selaras dengan nilai dan impian perjanjian antarabangsa ini. – 6 Mei, 2019.
Berita penuh di sini
Komen