Komander Hamas terkorban dalam serangan Israel


Tentera udara Israel kini mensasarkan kedudukan Hamas di Gaza sebagai serangan pelancaran roket oleh beberapa kumpulan pejuang Islam ke penempatan Israel. – Gambar EPA, 5 Mei, 2019.

SEORANG komander pejuang Hamas terbunuh dalam serangan udara rejim Israel di Semenanjung Gaza hari ini.

Kementerian Kesihatan Gaza mengenal pasti mangsa yang terbunuh sebagai Hamad al-Khodori, 34, yang merupakan seorang daripada komander Hamas.

Hamad merupakan rakyat Palestin kelima yang terbunuh dalam serangan Israel hari ini.

Rejim Israel mendakwa Hamad merupakan sasaran utama kerana mangsa dituduh bertanggungjawab memindahkan wang dari Iran kepada kumpulan pejuang yang beroperasi di Gaza.

Israel mendakwa Hamad memindahkan wang kepada Hamas menerusi syarikat tukaran wang asing Hamad Co. for Exchange/Al Wefaq Co. for Exchange yang dilabel sebagai pertubuhan pengganas oleh rejim Zionis. – AFP, 5 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen