Umat Islam Thailand mula berpuasa esok


Pejabat Sheikhul Islam Thailand menetapkan bahawa tarikh melihat anak bulan Ramadan pada 5 Mei. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Mei, 2019.

UMAT Islam di Thailand akan mula berpuasa esok, demikian diumumkan Pejabat Sheikhul Islam Thailand hari ini.

Ketua Sheikhul Islam Thailand  Aziz Pitakkumpol mengumumkan  tarikh permulaan puasa ditetapkan pada Mei 6 dalam satu kenyataan ditandatangani beliau. 

Pengumuman itu juga dibuat di media sosial berikutan semua stesen televisyen dan radio menyiarkan siaran langsung istiadat perarakan diraja Raja  Maha Vajiralongkorn di Bangkok. 

Sebelum itu, Pejabat Sheikhul Islam Thailand menetapkan bahawa tarikh melihat anak bulan Ramadan pada 5 Mei. 

Di selatan Thailand, Bukit Parik, daerah Jaha, wilayah Yala merupakan lokasi melihat anak bulan. – Bernama, 5 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen