Raja Vajiralongkorn simbol perpaduan Thailand


Raja Vajiralongkorn, 66, melambangkan Raja Berperlembagaan selepas kemangkatan ayahandanya, Raja Bhumibol Adulyadej -- yang memerintah selama 70 tahun - pada Oktober 2016. – Gambar AFP, 5 Mei, 2019.

RAJA Maha Vajiralongkorn yang baru ditabalkan sebagai Raja ke-10 Dinasti Chakri merangkumi simbol perpaduan dan junjung kasih rakyat, kata Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel.

Beliau berkata ia adalah cukup istimewa untuk menyaksikan istiadat pertabalan Raja Vajiralongkorn yang berlangsung secara gilang-gemiling dan bersejarah pada Sabtu, istiadat pertabalan yang pertama di negara beraja itu dalam tempoh tujuh dekad.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia serta semua warga Malaysia yang menetap di Thailand, saya ingin menyampaikan ucapan tahniah yang tulus ikhlas sempena pertabalan Raja Vajiralongkorn.

“Kami berharap semoga baginda dikurniakan keadaan kesihatan yang baik dan kebahagiaan semasa memerintah,” katanya kepada Bernama dan Kosmo hari ini.

Raja Vajiralongkorn menggunakan gelaran Rama X atau Raja ke-10 daripada Dinasti Chakri yang diasaskan pada 1782.

King Vajiralongkorn, 66, melambangkan Raja Berperlembagaan selepas kemangkatan ayahandanya, Raja Bhumibol Adulyadej—yang memerintah selama 70 tahun - pada Oktober 2016. Ini merupakan istiadat Pertabalan Diraja ke-12 selepas tempoh berkabung selepas kemangkatan Raja Bhumibol.

Esok, Raja Vajiralongkorn akan menerima menghadap ahli kor diplomatik antarabangsa di Balairung Seri Chakri Maha Prasad.

Jojie yang akan menghadiri majlis itu befrkata ia penting kerana memberi peluang kepada kor dipliomat asing mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Raja Vajiralongkorn sempena pertabalan baginda.

Sementara itu, seorang pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Luar Thailand, Krai MaMahasandana berkata istiadat pertabalan yang pertama dalam tujuh dekad itu adalah peluang bagi diplomat asing dan dunia untuk menyaksikan upacara yang gilang-gemilang dan bersejarah itu.

“Istiadat Pertabalan Diraja adalah peristiwa penting di Thailand dan juga untuk rakyat. Ini adalah acara sekali dalam seumur hidup.

“Upacara itu mengungkapkan kebesaran Raja yang menaiki takhta,” katanya. – Bernama, 5 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen