SUSPEK militan menembak mati seorang pemimpin dari parti pemerintah India di Kashmir menjelang pusingan seterusnya pilihan raya di negara itu.
Pembunuhan di daerah Anantnag yang didiami majoriti penduduk Islam merupakan serangan terbaharu di wilayah bergolak itu sejak pilihan raya India bermula bulan lepas.
Militan menembak Gul Mohamamad Mir yang merupakan pemimpin unit tempatan Parti Bharatiya Janata (BJP), di rumahnya di selatan Kashmir malam semalam.
Polis menyifatkan kejadian itu sebagai jenayah keganasan dan Perdana Menteri Narendra Modi mengecam pembunuhan Mir.
Selain itu, sebuah pusat pengundian yang akan digunakan dalam proses undi pada Isnin turut dibakar di kawasan berhampiran di Shopian.
Pembunuhan melibatkan ahli politik sering berlaku di India terutamanya pada pilihan raya umum.
Biro Rekod Jenayah Kebangsaan berkata lebih 100 pembunuhan bermotifkan politik dicatatkan pada 2016.
Negeri Kerala, Uttar Pradesh dan Bihar antara lokasi yang sering berlaku pembunuhan seumpama itu. – AFP, 5 Mei, 2019.
Komen