Billionair Warren Buffett beri isyarat tentang penggantinya


Warren Buffett adalah individu ketiga terkaya di dunia. – Gambar EPA, 5 Mei, 2019.

BILIONAIR Warren Buffett pada hari Sabtu memberikan isyarat mengenai siapa yang bakal menggantikan beliau untuk meneruskan empayar Berkshire Hathaway, namun tidak mendedahkan butiran penuh mengenainya.

Lelaki ketiga terkaya di dunia itu juga berkata pada mesyuarat tahunan pemegang saham syarikatnya bahawa pelaburannya baru-baru ini di Amazon bukan peralihan strategi untuk memberi tumpuan kepada firma Silicon Valley, yang sebahagian besarnya masih kurang dari portfolio perniagaan Berkshire yang besar.

Buffett, 88, ditujukan soalan siapa yang akan menggantikan beliau. Soalan itu disambut dengan tepukan tangan yang gemuruh dari sidang hadirin yang hadir.

Tanpa menjawab secara terus, Buffett berkata Gregory Able, 57, dan Ajit Jain, 67 - kedua-duanya dinaikkan jawatan tahun lalu kepada lembaga pengarah - di mana mereka berdua akan turut bersama beliau dan pasangan perniagaan lamanya Charlie Munger, 95, di atas pentas bagi menjawab soalan pemegang saham.

“Anda tidak akan dapat memilkii dua pengurus operasi yang lebih baik daripada Greg dan Ajit. Sangat hebat sekali apa yang mereka sudah capai,” kata Buffett, yang dikenali sebagai “Oracle of Omaha.”

Selama beberapa dekad, Buffett dan Munger telah menjadi dua bintang Berkshire Hathaway, tetapi pada hari Sabtu, Jain bertindak menjawab soalan pemegang saham, walaupun beliau melakukannya dari bawah pentas. – AFP, 5 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen