Cristiano Ronaldo kini adiwira komik


Cristiano Ronaldo mengeluarkan siri komik dengan dirinya sebagai adiwira komik melawan makhluk asing dan robot. – Gambar AFP, 5 Mei, 2019.

CRISTIANO Ronaldo mungkin dikenali ramai kerana kemahiran luar biasa bola sepak, tetapi bintang Portugal itu kini menceburi bidang komik menjadikan dirinya sendiri seorang adiwira.

Bintang berusia 34 tahun itu semalam mendedahkan siri “Striker Force 7’, pasukan Juventus juga meletakkan link di Twitter kepada treler animasi itu dan laman web untuk membeli buku komik tersebut.

Kartun itu menggambarkan Ronaldo berubah menjadi adiwira, melawan makhluk asing dan robot.

“Dalam cara tertentu bola sepak menghubungkan budaya dan orang di seluruh dunia, saya percaya karakter animasi hebat dan adiwira juga boleh berbuat perkara sama dan kerana itulah saya teruja menggabungkan minat bola sepak dan adiwira menerusi projek ini dan berkongsinya dengan peminat saya,” kata Ronaldo.

Penerbitan komik itu jatuh pada Hari Buku Komik Percuma yang bermatlamat untuk menggalakkan orang muda membaca.

Buku komik ini adalah cubaan perniagaan Ronaldo kedua selepas membuka sebuah klinik transplan rambut di Madrid, Mac lalu.

Pemenang lima anugerah Ballon d’Or itu pada Jumaat menewaskan pemain Argentina Lionel Messi apabila menjaringkan gol ke-601 sepanjang kerjaya cemerlang sukannya dalam perlawanan dengan membantu Juventus memastikan seri 1-1 dengan Torino dalam kejuaraan Serie A. – AFP, 5 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen