Anwar dakwa akaun media sosial, komputer pejabat digodam


Alfian Z.M. Tahir

Anwar Ibrahim meminta supaya orang ramai berhati-hati dengan maklumat yang datang daripada akaun media sosial beliau. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Mei, 2019.

PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim memberi amaran kepada orang ramai agar berhati-hati dengan apa-apa maklumat yang datang daripadanya di media sosial kerana komputer di pejabat beliau telah digodam.

Dalam satu kenyataan, Ahli Parlimen Port Dickson itu tidak menyatakan secara terperinci platform media yang mana telah digodam.

“Insiden tersebut (penggodaman) merebak di kalangan kita kerana kita menghabiskan lebih banyak masa di internet. Ia memberi kesan negatif yang besar dan kita terdedah menjadi mangsa.

“Ketika kami cuba untuk selesaikan masalah ini, apa yang terbaik adalah untuk kita semua berhati-hati dengan maklumat yang datang dari pejabat saya atau akaun media sosial saya sendiri.

“Kami sedang berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin,” jelas Anwar. – 5 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen