Lelaki Israel terbunuh dalam serangan roket Gaza


Israeli menggunakan kereta kebal bagi membalas serangan dari Gaza sejak hari Sabtu. – Gambar EPA, 5 Mei, 2019.

SEORANG lelaki warga Israel terbunuh semalam selepas roket dari semenanjung Gaza dilancarkan ke arah bandar Ashkelon, kata polis dan media pada hari Ahad.

Polis berkata lelaki itu meninggal dunia akibat luka kritikal akibat terkena roket di hospital. Media Israel mengenal pasti lelaki tersebut sebagai Moshe Agadi, 60, dan berkata roket itu terkena sebuah rumah di Israel di bandar berhampiran sempadan Gaza.

Moshe adalah warga Israel pertama yang terbunuh dalam keganasan yang bermula pada Sabtu yang menyaksikan kedua-dua pihak saling berbalas serangan.

Lebih daripada 250 roket dilancarkan ke arah Israel dari Semenanjung Gaza sejak Sabtu, kata tentera Israel. 

Israel bertindak balas dengan serangan udara dan kereta kebal. – AFP, 5 Mei, 2019.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen