MEDIA rasmi Korea Utara hari ini berkata pemimpin Kim Jong Un menyaksikan ujian senjata taktikal berpandu dan roket, selepas Pyongyang dikatakan mencetuskan provokasi selepas rundingan nuklear dengan AS menemui jalan buntu.
Kali terakhir Korea Utara melakukan ujian senjata pada November 2017, sebelum pendekatan diplomatik giat dilakukan, menyaksikan ketegangan berkurangan di semenanjung itu dan beberapa sidang kemuncak diadakan.
Kembali melancarkan ujian senjata mungkin untuk mencetuskan kemarahan Presiden AS Donald Trump, tetapi agensi berita rasmi KCNA berkata Kim mengarahkan “ujian serangan” membabitkan pelancar koret pelbagai jarak jauh – yang tidak disasarkan dalam resolusi sekatan PBB – dan “senjata taktikal berpandu” yang tidak ditentukan.
Tentera Seoul menyifatkan senjata itu sebagai “projektil” selepas ia mengesannya semalam.
AS dan Korea Utara masing-masing keras kepala sejak pertemuan kedua-dua pemimpinnya pada sidang kemuncak pada Februari.
Tetapi di sebalik tindakan terbaru dari Pyongyang, Trump menegaskan kejayaan rundingan boleh berlaku.
“Kim Jong Un tahu potensi hebat ekonomi Korea Utara dan tidak akan melakukan apa-apa untuk mencampurinya tau mengakhirinya,” kata Trump menerusi Twitter.
“Dia juga tahu bahawa saya bersamanya dan tidak tahu memungkiri janjinya pada saya.” – AFP, 5 Mei, 2019.
Komen