PRESIDEN Recep Tayyip Erdogan mengecam tindakan Israel mengebom bangunan yang menempatkan pejabat berita Anadolu di Gaza.
“Kami mengecam serangan Israel terhadap pejabat Agensi Anadolu di Gaza,” kata Erdogan di Twitter.
“Turki dan Anadolu akan terus memberitahu dunia tentang keganasan Israel dan pencerobohan di Gaza dan bahagian lain di Palestin,” tulisnya.
Anadolu melaporkan bangunan itu runtuh selepas diserang.
Kakitangan dipindahkan keluar tidak lama selepas serangan itu yang bermula dengan tembakan amaran, kata agensi itu, menambah tidak ada wartawan cedera dalam insiden itu.
Bulan lalu, Erdogan memanggil pemimpin Israel sebagai “zalim” selepas Netanyahu menggelarnya diktator dan lawak. – AFP, 5 Mei, 2019.
Komen