PADA September 1998, Malaysia dikejutkan dengan virus Nipah yang kali pertama dikesan pada babi di Perak. Dalam tempoh enam bulan, wabak itu merebak ke Negeri Sembilan, Selangor, Johor dan Melaka.
Sebelum wabak itu dapat dikawal, sejumlah 256 dijangkiti dan 105 maut akibatnya.
Kerajaan mengarahkan berjuta babi dimatikan bagi mencegah penyebaran wabak itu, yang menyebabkan ekonomi tempatan di Bukit Pelanduk dan Sg Nipah lumpuh kerana perladangan babi amat besar di situ. Industri itu secara keseluruhannya tidak pernah benar-benar pulih.
Peladang babi di Bukit Pelanduk dan Sg Nipah, Negeri Sembilan di mana virus itu dinamakan, di Sepang dan Semenyih, Selangor; dan Perak berkata mereka tidak akan melupakan bagaimana anggota tentera dan Kementerian Kesihatan datang mematikan haiwan peliharaan mereka untuk mencegah virus itu daripada tersebar.
Peladang babi Chan Dek Shun dari Tanjong Sepat berkata keluarganya berdepan kesukaran selepas itu.
Chan berkata Tanjong Sepat tidak terjejas teruk akibat virus itu tetapi ekonomi tempatan lumpuh kerana penternak tidak dapat lagi menjual haiwan ternakan mereka.
Beliau terus menternak babi selepas wabak itu disahkan dalam kawalan, tetapi sangat berhati-hati dengan haiwan berkenaan, memberinya makan sehari sekali dan memantaunya secara dekat.
“Saya hanya tahu bela babi, tidak tahu berniaga lain. Waktu itu, kami sekeluarga sangat sukar dan nasib baik adik saya membantu. Hanya selepas setengah tahun selepas wabak itu, baru orang berani makan babi semula, dan industri itu perlahan-lahan pulih,” kata Chan. – 5 Mei, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen