Perancis haram guna skuter eletkrik di laluan pejalan kaki


Perkhidmatan sewa skuter dari syarikat seperti Lime dan Bird, semakin popular di kebanyakan bandar utama. – Gambar YouTube, 4 Mei,2019.

PERANCIS akan mengharamkan skuter elektrik daripada menggunakan laluan pejalan kaki bermula September ini susulan aduan pejalan kaki terhadap tindakan pengguna kenderaan itu di laluan tersebut.

Dianggarkan 15,000 pengguna skuter digunakan oleh beberapa syarikat dan mereka membanjiri ibu negara Perancis sejak diperkenalkan pada tahun lalu dan jumlah itu dijangka bertambah pada hujung tahun ini.

Menteri Pengangkutan Elisabeth Borne berkata mana-mana individu yang menggunakan e-skuter, kenderaan beroda satu atau papan luncur elektrik di laluan pejalan kaki akan dikenakan denda sebanyak 135 euro bermula September.

Katanya mereka hanya dibenarkan menggunakan jalan atau laluan basikal supaya pejalan kaki tidak perlu mengelak apabila berselisih dengan pengguna kenderaan tersebut.

Pengguna kenderaan itu masih dibenarkan laluan pejalan kaki selagi enjinya dimatikan.

Perkhidmatan sewa skuter dari syarikat seperti Lime dan Bird, semakin popular di kebanyakan bandar utama.

Perancis mengikut jejak langkah Peru untuk mengharamkan skuter elektrik daripada menggunakan laluan pejalan kaki.

Minggu lalu, Datuk Bandar Perancis sudah mengumumkan langkah untuk melindungi pejalan kaki terutamanya kanak-kanak dan golongan tua daripada e-skuter. – AFP, 4 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen